Saya tebaca sebuah email daripada seorang suami ini, nasib baik dia tak letak sape namanye, kalo saya jadi isteri si suami dia nie, wassalamun lah, hi..hi..bye...bye....ramai lagi lelaki yang baik dalam dunia nie...aku tak redha dunia akhirat lah harta aku klo nie suami aku...nasib baik bukan...mari kita baca ape yang dia tulis....
From: Hamba Allah
Sent: Tuesday, May 19, 2009 10:47 AM
Subject:Tanggungjawab Suami ..anda setuju???
Saya mempunyai isteri yg bekerja dan kami berkongsi hampir semua perkara daripada bil, gaji pembantu rumah, loan hinggalah yuran sekolah anak2 serta barang2 basah dan keperluan harian, di samping itu, saya juga memberi nafkah bulanan secara tetap walaupun segala perbelanjaan harian dibahagi dua.
Alasannya ialah seorang isteri yg bekerja telah mengambil masa yg seharusnya diperuntukkan buat sang suami dan anak-anak serta rumahtangga untuk dirinya. Jika diikutkan peraturannya, gaji pembantu rumah patut dibayar oleh isteri semata2 kerana disebabkan dia bekerja maka kerja2 rumah terpaksa diambil oleh maid tersebut, tapi kami bahagi 2 juga.
Seorang isteri yg bekerja juga tidak dapat melayan suami mereka dengan sepenuh hati akibat keletihan bekerja di siang hari, terkadang pula kepulangan suami tidak disambut pun kerana para isteri yg bekerja ni balik lewat drp suami, dan pemergian suami pun tidak di bye-bye sebab awal-awal lagi dah pergi kerja....... (kadang cam tu la)...maka adalah tidak adil sekiranya segala pendapatan isteri menjadi hak mutlak sang isteri sedangkan tanggungjawab beliau kepada suami dan anak2 boleh di'tolerate' oleh sang suami.
Terkadang pula, sang suami jarang dapat makan hasil air tangan isteri, asyik2 maid indon je yg masak jadi dengan keadaan isteri yg bekerja telah mengurangkan perhatian beliau kepada sang suami...dengan kata lain, suami tidak mendapat layanan yg sempurna kerana isteri bekerja....ini belum lagi dikira layanan di tempat tidur yg mana terkadang suami terpaksa memendam rasa kerana kasihan melihat isteri yg keletihan terpaksa tidur awal utk bekerja esok harinya walaupun air dah naik ke kepala..... dan sang isteri kalau pun terpaksa melayan suaminya, layanan tidak lah sepenuh hati.....asal jalankan tugas sebagai isteri shj.....bagi sang suami, kalau isteri tak masak, maid masak atau makan luar tak pe lah, kalau isteri tak cuci baju, boleh cuci sendiri, atau maid yg buat atau hantar dobi.....tapi kalau bab sex, isteri jgn main2....silap haribulan suami makan luar baru padan muka......pak lebai pun kalau air dah naik ke kepala.....boleh basah serban tau....so hati2lah...kerja2 juga....layanan mesti 1st class juga...suami yg kekenyangan akan jadi cam ular.....lepas kenyang, bagi ayam oversea pun dah tak lalu...... so bg makan lah suami tu puas2 jgn bg dia rasa lapar......bahaya.
Ramai juga yang tak setuju dengan penyataan makhluk Allah nie, . Secara peribadi saya juga tidak setuju dengan ape yang dikatakan, nauzubillah, ada juga manusia yang berfikiran begini, saya juga merasakan beliau sudah tersasar jauh daripada konsep tanggungjawab suami isteri yang sebenarnye. Saya tidak dapat bayangkan jika isterinya sendiri yang membaca email tersebut. Malang sungguh nasib isterinya, tentu makan hati berulam jantung setiap hari, ade suami yang wal kedekut wal dayuzi....huh....
Terang2an si penulis email menyatakan yang dia dan isteri berkongsi dalam membayar pelbagai bil, so ape lagi yang si penulis tidak puas hati, adakah isteri bolot sorang gaji dia??tidakkan....dia berkerja ternyata untuk membantu suami, bukan dia bekerja untuk bermewah2, fikirkan lah, isteri bekerja 24jam, bukan sahaja dipejabat malah dirumah, tidak henti2 isteri bekerja, tidak cukup ke lagi pengorbanan seorang isteri, hanya kerana itu kah suami merungut.....tidak adil....kita kira semula penat lelah isteri berbanding suami...suami hanya mencari rezeki di pejabat, pulang ke rumah hanya berfoya2 dengan hobi dan minat, sdgkan isteri, tak de mase langsung untuk keluar bersama teman2...betul tak????
Menurut Islam, wanita sebagai isteri mempunyai hak mendapat nafkah zahir dan batin. Isteri TIDAK diwajibkan bekerja mencari nafkah. Kalau pun dia memiliki harta atau bekerja, maka hartanya tidak boleh dimakan suami tanpa kerelaannya. Isteri bukan hamba kepada suami! Sila semak checklist di bawah :
1. Kalau suami mahu menggaji seorang isteri, berapakah agaknya nilai yang mesti dibayar?
2. Berapakah harga masakan yang sedap? (Ingat, memasak bukan tanggungjawab isteri! Boleh rujuk Benarkah memasak dan mengemas tanggungjawab isteri?, Benarkah Tugas Istri Itu Mengurus Rumahtangga? dan Nafkah isteri - Kewajipan Suami Menyediakan Pembantu)
3. Layanan yang memuaskan dari segi seksual ataupun makan minum dan pakai?
4. Berapa harga penjagaan terhadap anak-anak, didikan dan asuhannya? Nak pergi tuisyen, satu subjek sekurang-kurangnnya RM100.00!
5. Kalau isteri yang ajar semuanya, sekali dengan cara sembahyang, mengaji hingga mandi hadas, berapakah upah yang sesuai?
6. Apakah harga merawat suami dan anak-anak yang sakit? Kalau menggaji jururawat swasta satu jam kena bayar kurang-kurang RM20.00, kalau sehari semalam berapa mesti dibayar? Ambil orang gaji dari Indonesia saja sudah RM5,000.00 ongkosnya. Itupun nasib-nasib dapat yang baik, kalau kena tipu, bagaimana?
7. Nak suruh orang jaga anak, upah nurseri sekurang-kurangnya seorang anak RM300.00 pagi sampai petang. Kalau sehari semalam berapa pula harganya? Kalau ada lima orang anak? Tak botak kepala si ayah nak membayar upah nurseri?
8. Adakah upah mengandungkan anak dan bertarung nyawa melahirkan zuriat tercinta, upah untuk menghantarkan nyawa di hujung kerongkong ketika meneran dan menumpahkan darah?
9. Apakah upah menyusukan anak hingga umurnya genap 2 tahun? Dalam firman Allah di atas, jika nak cari ibu susu, kena beri upah. Maknanya jika isteri yang menyusukan, patut benar si suami beri upah kepada isterinya juga. Iyalah, kalau nak beli susu tepung, setin 900gm dah cecah RM50 untuk bekalan seminggu, tak gitu?
Janganlah kita lupa akan firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."
TETAPI adakah isteri-isterimu meminta-minta upah untuk segala yang dikerjakannya, sama ada untuk anda suaminya mahupun untuk anak-anak anda? Aduhai suami yang BERIMAN, takkan terhitung harga pengorbanan seorang isteri!
Keberkatan duit
Malangnya isteri-isteri yang bekerja mahupun yang tidak bekerja sering menjadi korban keegoan suami. Yang bekerja diambil kesempatan, diperahnya wang gaji isteri. Yang tidak bekerja pula dicemuh, "Dahlah tak bekerja, asyik nak menyusahkan saja!" begitulah kalau menggunakan temperamen emosi sebagai cara mendirikan rumahtangga.
Seorang isteri bukan malaikat yang mesti perfect dalam segala-galanya. Disebabkan kelemahan-kelemahannya itulah dia memerlukan suami di sisi. Tidak mungkin ada isteri ayng hebar segala-galanya, superwoman ataupun istilahnya. Semuanya itu karut! Begitu pula suami perlukan khidmat isteri untuk menolong menyempurnakan apa yang tidak ada pada dirinya. Kalau suami kurang sifat lemah-lembut dan sabar, maka dia perlukan isterinya untuk berperanan dengan sifat yang baik itu dalam menjalankan amanah mengasuh anak-0anak. Kalau isteri kurang sifat cekal, maka suamilah yang berperanan memberi rangsangan dan semangat kepada isteri.
Orang kata, ‘duit adalah segala-galanya di dunia ini’. Ada benarnya juyga pendapat seperti ini. Nak sedekah pun kena ada duit. Duit berkat akan menjadikan kita takut kepada Allah SWT. Bersyukur ketika mendapatkannya dan redha jika hilang daripada tangan kita. Kalau duit yang menyebabkan rumahtangga hancur, itu dinamakan ‘duit panas yang tidak berkat’.
Bukan hanya suami yang terpedaya dengan ‘duit panas’ ini, ramai juga isteri yang menjadi korban. Ada dua sebab mengapa mereka tidak gembira walaupun ada duit. Yang pertama kerana cara mendapatkan duit itu tidak halal. Yang kedua, cara membelanjakannya juga tidak digunakan untuk kebaikan. Ramai orang sibuk fasal ayam sembelih atau tidak sembelih, ubat gigi halal ke haram, tapi mereka langsung tidak memperhatikan tentang jaminan duit yang mereka dapat. Teruknya bab belanja itu memang berhabis-habisan dan membazir. Baru tiga hari terima gaji dan habis. Lepas itu makan minum balik ke rumah emak. Bagaimana rumahtangga nak aman dan berkat jika hidup seperti ini?
Pelajari kehidupan
Kembali kepada masalah isteri tertekan kerana tidak memengang duit. Punca masalah ini adalah sikap isteri yang suka bergantung sepenuhnya kepada suami. Walaupun tidak bekerja, tapi seelok-eloknya para isteri tahu mencari peluang bagaimana mendapat tambahan pendapatan. Mereka mesti berfikir untuk mandari dan bersedia menghadapi risiko. Bagaimana hidup mereka akan diteruskan jika suami pulang dahulu ke rahmatullah secara tiba-tiba? Atau yang lebih teruk apabila suami menceraikan isteri atau mengambil isteri kedua? Semua mesti dirancang dan difikirkan segala kemungkinan yang akan menjadi mimpi ngeri.
Sebagai seorang isteri, anda terlalu berharga. Tunjukkanlah maruah anda dengan kasih sayang dan tanggungjawab terhadap keluarga. Di sisi Rasulullah SAW ada Saidatina Khadijah r.a. yang bukan hanya menyayangi Rasulullah SAW, memberinya anak-anak yang ramai, bahkan mencari sumber kewangan bagi menolong dakwah baginda.
Thursday, October 1, 2009
Janganlah Jadi Suami Yang Tak Mengenang Budi
Posted by eida^zarul at 8:39 PM 0 comments
Suami Yang Layak Dihormati
Siapa suami yang layak dihormati?
Siapa suami?Lelaki yang mengucapkan qabul (akad terima) janji perkahwinan dengan seorang gadis atau wanita tertentu. Termasuk dalam definisi ini juga lelaki yang ‘dipaksa’ menikahi atau mengahwini gadis/wanita yang bukan pilihannya.Kelayakan sebagai suamiTidak semua lelaki layak menjadi suami. Kelayakan menjadi suami bukan terletak kepada umur, pangkat pekerjaan, banyaknya harta atau kacak paras rupa.
Syariat Islam menetapkan terdapat lima hukum asas bagi seseorang lelaki yang berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya. Hukum asas inilah yang menjadi pertimbangan kelayakan seorang lelaki untuk berkahwin dan memegang status seorang suami.
Kenapa hanya lelaki? Kerana lelaki adalah ketua keluarga dan bila ketua adalah seorang yang betul-betul layak, insyaAllah ketua ini akan mampu melayarkan bahtera rumahtangganya berlandaskan kehendak syariat dan mampu merealisasikan perkahwinan menepati prinsip dan hikmahnya.Lima hukum tersebut ialah wajib, sunat, haram, makruh dan harus.Wajib - apabila lelaki itu mampu dari segi fizikal dan kewangan malah dibimbangi sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.Sunat - lelaki yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin. Bezanya mereka tidak bimbang akan terlibat dengan zina sekiranya tidak berkahwin.
Haram - lelaki yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin. Haram juga bagi lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk memudaratkan isterinya.
Makruh - lelaki yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.
Harus - lelaki yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.Berdasarkan hukum asas ini, jika anda berada dalam kategori wajib, sunat dan harus, anda adalah lelaki yang layak berkahwin.
Sebaliknya jika anda berada dalam kategori haram, sudah jelaslah anda memang tidak layak berkahwin. Jika anda berada dalam kategori makruh pula, secara mudahnya, walaupun anda tidak diharamkan berkahwin tetapi anda juga tidak layak berkahwin. Memanglah makruh sahaja dan bukan haram tetapi perkara makruh juga adalah perkara yang tidak disukai oleh Allah. Jika jelas dan nyata anda tidak mampu memberi nafkah kepada isteri sedangkan memberi nafkah adalah kewajipan dan tanggungjawab suami, apa lagi yang boleh bakal isteri atau isteri anda harapkan daripada anda nanti?
Harapkan kewajipan menunaikan nafkah batin? Hmmm… secara kasarnyalah, sama sajalah anda dengan gigolo kat luar sana!!Peranan dan tanggungjawab suamiIslam menetapkan setiap suami wajib menjalankan peranan dan tanggungjawabnya dengan sebaiknya. Dengan sebaiknya bermaksud berusaha sedaya upaya untuk menjalankan semua peranan dan tanggungjawab yang disenaraikan tanpa rasa lelah, jemu atau bosan.
Kewajipan melayani isteri dengan baik.Tanggungjawab seorang suami yang paling utama ialah melayan isteri dengan penuh kebaikan. Seorang suami wajib melayani isterinya dengan tingkah laku yang baik dan menuruti kehendak isteri dalam perkara yang sesuai dan munasabah mengikut syarak.Maksud layanan yang baik bukan sekadar tidak memukul atau menampar tetapi layanan yang baik seperti yang dikehendaki di dalam Islam malah undang-undang perkahwinan agama lain juga ialah suami perlu menjaga hati dan perasaan isteri agar tidak dilukai dan disakiti. Isteri berhak dilayan dengan penuh kemesraan, kelembutan dan dengan penuh kasih sayang. Suami juga perlu berusaha memupuk kasih sayang isteri seperti di dalam kes perkahwinan paksa.Layanan yang baik juga bermakna isteri perlu diperlakukan seperti seorang manusia merdeka, bukannya hamba yang menurut segala arahan tuannya yang membabi buta.
Seorang isteri perlu dipanggil dengan ucapan yang menunjukkan kasih sayang seperti nama manja isteri ataupun apa jua panggilan yang menggambarkan betapa suami menyintai dan menghargai isteri. Seorang isteri tidak berhak menerima kata-kata seperti bodoh, otak singkat atau apa juga panggilan yang menyakitkan hati.Memberi nafkah zahir yang sempurna mengikut kemampuan
Tanggungjawab suami yang tidak kurang pentingnya ialah memberi nafkah untuk isteri dan anak-anaknya berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan segala keperluan isteri yang munasabah dan tidak bercanggah dengan syarak.Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” – surah al-Nisa’ ayat 34.Kadar pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seorang suami dan suami tidak wajar membebankan dirinya melebihi dari kemampuannya yang sebenar. Maksud membebankan diri di sini ialah melakukan sesuatu yang melebihi kemampuan atau di luar upaya suami. Sebagai contoh berhutang dengan mana-mana pihak bagi merealisasikan kehendak isteri yang melampau.Menyediakan rumah untuk isteriSebenarnya, menyediakan rumah atau tempat perlindungan untuk isteri dan anak-anak adalah termasuk di bawah kewajipan seorang suami menyediakan nafkah zahir.
Namun, pengalaman saya melayani kerenah ahli masyarakat kita hari ini yang pelbagai, ada baiknya saya lakukan perincian. Tambahan pula, banyak kes kekecohan rumahtangga adalah disebabkan kegagalan suami menjalankan kewajipan menyediakan rumah untuk isteri.Islam tak menetapkan tentang bentuk atau saiz rumah. Yang penting, ia adalah di dalam kemampuan suami. Memadailah sebuah rumah yang sesuai dan selesa bagi menjalani kehidupan seharian sebagai suami isteri seterusnya sebagai ibu bapa.
Melayani keperluan seks isteriRamai yang salah faham tentang layanan seks di dalam sesebuah perkahwinan. Rata-rata kes, kewajipan melayan keperluan seks diletakkan sepenuhnya kepada isteri.Hakikatnya, sebagaimana pentingnya suami memenuhi keperluan material isterinya, menjadi tanggungjawabnya juga untuk melayani keperluan batin isteri. Kebiasaannya wanita memiliki sifat pemalu terutamanya untuk berbincang tentang kehendak seksualnya. Namun, sebenarnya mereka juga berkehendakkan kepada nikmat kepuasan ketika melakukan persetubuhan (berjimak), sama seperti suami.
Bersikap romantik terhadap isteriTahukah anda, Rasulullah SAW sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah SAW pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid.Saya tahu, memang ramai yang mencium isteri tapi berapa kalikah anda mencium isteri anda dengan penuh kasih sayang; bukan sekadar ciuman selamba atau ciuman penuh ghairah?Saya akui, budaya ini memang agak asing bagi masyarakat kita. Kenapa jadi asing? Sebab kita tidak membiasakan diri kita melakukannya. Lantas, ciumlah isterimu wahai para suami! Bukan membiasakan diri dengan budaya barat sebaliknya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Justeru, apa lagi yang menghalang anda untuk mencium isteri atau apa-apa juga perlakuan romantik lain?
Bergurau dengan isteriRasulullah SAW sering bergurau senda dengan para isterinya. Aisyah r.anha telah berkata yang bermaksud: “Rasulullah berlumba lari denganku, maka aku menang ketika itu kerana aku belum gemuk. Kemudian, setelah gemuk aku berlumba lari dengannya, maka baginda memenanginya. Lalu baginda bersabda: Kemenangan ini sebagai penebus kekalahan yang lalu.” - hadis riwayat Abu Daud.Jika Rasulullah SAW boleh bersenda gurau dengan isteri baginda, kenapa tidak anda?
Meluangkan masa bersama isteriWalau sesibuk mana sekalipun menguruskan tugasan, suami tetap perlu berusaha meluangkan waktu bersama isterinya. Tidak dinafikan, kesibukan suami di luar rumah dengan kegiatan-kegiatan lain di samping mencari nafkah menyebabkan dia mengabaikan peranannya sebagai suami. Dia terlupa isterinya memerlukan belaian manja seorang suami untuk menghiburkan hatinya.Ada suami yang hanya pulang dengan wajah kelesuan, tidak bermaya dan terus melelapkan mata tanpa berbual dengan isteri. Yang lebih perit adalah apabila suami membawa masalah-masalah dari luar dan melepaskan geramnya terhadap isteri.Ya!! Isteri anda tahu anda penat. Anda bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Tetapi anda juga harus faham kehendak isteri anda. Kalau sehari dua tidak dilayan, mungkin boleh ditahan. Tetapi jika selalu saja begitu, tidak diendah dan dipedulikan? Tambah bila ada orang yang mampu menggantikan tempat anda. Ingat!! Isteri anda juga adalah manusia biasa. Jangan selalu mengharapkan pemahaman dan pengertiannya sebaliknya anda sendiri gagal memahami dan mengerti kehendak dirinya.Uruskanlah kerja anda dengan baik. Usahakan untuk anda meluangkan masa bersama isteri anda. Jika Rasulullah SAW mampu meluangkan masa baginda dengan isteri, kenapa tidak anda?Wujudkan suasana ibadah dalam rumahtanggaLelaki dipertangungjawabkan oleh Allah SWt sebagai pemimpin keluarga. Pemimpin yang baik semestinya lah seorang pemimpin yang mengutamakan segala suruhan-Nya. Lantas, menjadi tanggungjawab seorang suami untuk mewujudkan suasana ibadah di dalam rumahtangga.Bagaimana caranya? Paling utama, seorang suami hendaklah mengerjakan segala suruhan Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Solat lima waktu yang wajib mesti dikerjakan bersungguh-sungguh. Pastikan isteri dan anak-anak juga mengerjakan solat yang wajib. Malah, satu kelebihan jika anda sebagai suami dan bapa dapat mengimamkan isteri dan anak-anak anda. Tak perlu jadi ustaz atau imam, jadilah diri anda sendiri yang sentiasa mengutamakan tuntutan agama dan keredhaan Ilahi, insyaAllah, perkahwinan dan rumahtangga anda akan aman harmoni.Sentiasa tunjukkan wajah ceriaTidak dapat dinafikan, raut wajah seseorang boleh menggambarkan pelbagai makna malah mampu mempengaruhi suasana hubungan suami isteri. Wajah yang ceria semestinya akan dapat menenangkan jiwa isteri. Walau sesusah mana pun hati anda, cuba juga tampilkan wajah ceria. Masalah di tempat kerja jangan sesekali dibawa pulang ke rumah kerana ia boleh membantutkan keceriaan rumahtangga anda. Bukan tak boleh nak bercerita kepada isteri malah sewajarnya anda berkongsi setiap masalah anda dengan pasangan anda tetapi anda perlu pastikan luahan anda itu tidak mengganggu keceriaan rumahtangga anda.
Menjaga penampilan diriBukan sahaja wajah yang perlu ceria, suami juga hendaklah menjaga penampilan diri agar sentiasa kelihatan menarik dan bersih. Hakikatnya, bukan isteri sahaja perlu berhias untuk suami tetapi para suami juga perlu berhias dan tampil segak dan kemas di hadapan isteri. Bukan perlu papa untuk bergaya kemas tetapi cukuplah sekadar sejuk mata memandang. Yang sejuk mata memandang inilah yang menjadi masalah kepada sesetengah pihak selepas berkahwin.Sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Abbas r.a pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW menyuruh beliau tampil kemas dan segak di hadapan isteri: “Sebagaimana isteri kamu berhias untuk kamu, kamu juga perlu berhias untuk isteri kamu.”Bersabar melayani kerenah isteriWanita sinonim dengan sikap emosional dan suka ikut perasaan. Lantaran itulah, para suami perlu bersabar ketika menghadapi kerenah dan sikap isteri.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Nasihatilah wanita dengan baik.
Sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk dan bahagian paling bengkok dari tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Seandainya kamu meluruskannya bererti kamu mematahkannya dan seandainya kamu biarkan maka ia akan terus membengkok. Maka, nasihatilah wanita dengan baik.” - hadis riwayat al-Bukhari.Hadis ini menegaskan agar setiap suami menasihati isteri dengan cara yang penuh hikmah dan lemah lembut.
Jangan sesekali terburu-buru menggunakan kekerasan kerana ia bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan permasalahan malah akan memburukkan lagi keadaanHukum taat dan hormatSeperti huraian di dalam persoalan yang dikemukakan, tanggungjawab seorang isteri yang paling utama ialah taat dan patuh kepada suaminya. Ketaatan seorang isteri kepada suami berada di tahap teratas, melebihi segala ketaatan kepada sesiapa pun juga termasuk ibu dan ayah kandung si isteri sendiri.Persoalannya, apakah semua lelaki bernama suami kini, menepati kelayakan untuk ditaati dan dihormati sebagai suami? Saya pecahkan kepada dua bahagian: taat dan hormat.
Taat dan hormat adalah dua perkara berbeza.Seorang isteri wajib taat kepada segala kata-kata dan arahan suami selagi kata-kata dan arahan tersebut tidak melanggar saranan dan arahan hukum syarak. Isteri juga wajib hormatkan suami, menjalankan kewajipan yang wajib bagi isteri walaupun suami anda tidak berjaya (setelah berusaha sedaya upayanya) menjalankan peranan dan tanggungjawab yang wajib baginya secara sepenuhnya.Ingatlah kaum wanitaku semua, walau siapa pun kita, walau apa juga jawatan yang kita pegang, walau apa juga gelaran atau bintang yang kita perolehi, selagi kita bernama isteri, selagi itulah kita perlu hormat, taat dan cintakan suami sepenuh hati. Bukannya sekadar cinta di kala suami berharta tetapi cinta sepanjang masa, di waktu senang juga di masa susahnya. Ya, saya tahu tugas menyara keluarga terletak di bahu suami tetapi dah nama sebagai isteri dan rakan kongsi suami, kita wajar membantu suami di kala suami susah dan menghadapi masalah kewangan dan segala masalah lainnya.
Bukannya bererti apabila tanggungjawab nafkah adalah di bahu suami dan apabila suami menghadapi masalah menunaikan kewajipannya itu, kita harus angkat kaki ataupun mencari lelaki lain sebagai pengganti. Sewajarnya, apabila keadaan ini terjadi, kita sebagai isteri menghulurkan bantuan dan sokongan kepada suami. Bantu selagi daya, sokong segala cara.Ya… mungkin ada yang bimbang jika bantuan yang diberi disalahgunakan oleh suami. Risau jika sokongan yang dihulur, disalaherti pula oleh suami. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, rekodkan setiap perbelanjaan yang kita hulurkan demi bantuan dan sokongan tersebut. Simpan segala bukti, insyaAllah, bukan meminta tetapi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di belakang hari, kita dah cukup pertahanan diri.Persoalan penting juga, apakah tanggungjawab isteri melayani kehendak seks suami adalah mutlak?
Tidak ada rukhsah atau pengecualian?Hakikatnya, hadis-hadis yang diutarakan dan memang mantap di dalam minda ramai orang terutama suami, adalah sebagai menunjukkan betapa beratnya kewajipan isteri di dalam memenuhi kehendak batin suami kerana hanya isteri sebagai jalan melepaskan nafsu lelaki yang satu itu. Tetapi, bukan bererti kewajipan tersebut adalah muktamad, tidak ada campur bahagi. Sebenarnya kewajipan suami isteri di dalam rumahtangga termasuklah hubungan suami isteri lebih kepada berbentuk tolak ansur.
Matlamat perkahwinan adalah untuk kebahagiaan kedua-dua pihak. Sekiranya hanya satu pihak merasa bahagia sedang satu pihak lagi tertekan menderita, tidak ada gunanya perkahwinan yang dianjurkan oleh Islam. Sama juga di dalam hubungan suami isteri. Ianya untuk kepuasan kedua-dua pihak. Sekiranya si isteri melakukan di dalam keadaan terpaksa, di mana nikmatnya yang Allah janjikan untuk pasangan suami isteri tersebut?Sebab itulah, suami perlu lebih bertolak ansur dan cuba memahami keadaan isteri.Satu persoalan lagi, apakah isteri tetap wajib melayani kehendak batin suami yang sengaja gagal menunaikan tanggungjawab? Hakikatnya, terdapat dua jawapan bagi soalan ini iaitu ya dan tidak!# Ya - jika suami anda daripada kalangan yang sukar menahan nafsunya dan jika anda tidak melayaninya, membolehkan dia terjebak ke lembah maksiat.# Tidak - jika anda tahu dan yakin dengan penolakan anda itu tidak menyebabkan suami anda mencari kepuasan di luar.Ingatlah! Jika suami mengarahkan isteri melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak syarak, maka tika itu, isteri tidak wajar mentaati suami. Sama juga dengan kehendak batin suami yang sengaja gagal dan tidak bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawab, kehendak suami ini boleh ditolak dan isteri tidak akan berdosa sekiranya menolak permintaan suami. Kenapa?
Kerana suami sengaja mengabaikan tanggungjawab. Hadis menyuruh isteri mentaati suami yang betul-betul seorang suami. Apa maksud betul-betul seorang suami?Seorang suami yang betul-betul seorang suami ialah seorang suami yang berusaha menunaikan tanggungjawab nafkah zahir dan batin seorang isteri, bukan menunaikan nafkah batin sahaja.
Masalahnya, menunaikan kehendak batin tu, bukan memenuhi kehendak isteri sangat sebenarnya tetapi lebih kepada memenuhi kehendak sendiri.Lantas, wahai isteri.. bila suami anda berani menderhaka kepada Allah… maka anda tidak wajar lagi mentaati mereka. Jika anda, sebagai isteri… kecewa dengan sikap suami yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak mampu atau enggan memenuhi kehendak seks suami, anda berhak menolak permintaan suami. Jangan bimbang dengan nusyuz.
Anda bukan isteri yang nusyuz semata-mata enggan menunaikan kehendak suami yang dayus.Seperti yang katakan tadi, jika tiba satu tahap suami tetap mempergunakan anda demi kepuasan nafsunya semata-mata dan anda tidak mampu untuk terus berpura-pura melayani kehendaknya, bertindak lah. Jangan biarkan diri anda berdosa hanya kerana ingin kekal dalam perkahwinan yang gagal. Pesanan saya kepada isteri yang mengambil alih tugas suami, simpan segala dokumen atau resit perbelanjaan anda. Jika suami anda mengambil tindakan kerana anda menolak ajakannya, anda berpeluang menggunakan semua itu sebagai pertahanan diri.
Posted by eida^zarul at 5:40 PM 0 comments