Bagaimana nak kumulakan nukilanku ini,
Agak pedih untuk dikatakan, namun harusku luahkan juga kerana hati ini sangat sakit
untuk menahan kesengsaraan ini...
Suamiku,
meskipun segala kemewahan mampu kau beri,
namun bukanlah itu pintaku, padaku perhatian dan kasih sayang
dari insan yang bernama suami yang amat aku perlukan ketika ini...
Suamiku adalah insan yang terbaik buatku,
namun dia telah terlalu leka dengan kehidupannya sehingga mengabaikan
ape yang aku inginkan, iaitu perhatian...
sebagai isteri aku wajib menyokong segala usahanya untuk menambah pendapatan,
tapi sehingga aku diabaikan....aku sangat sunyi....
Dulu hidupku sangat sibuk dengan kerja dan tugas di rumah,
Anakku berjauhan, aku terpakse meluangkan masa dengan anakku hanya sehari seminggu,
namun suamiku sibuk dengan urusannye, langsung tidak menemaniku untuk pulang ke kampung untuk melihat anaknye sendiri, sedangkan itu adalah tanggungjawabnya...
Aku tidak pernah bersuara, aku taknak dikatakan isteri yang tidak memahami suami,
tapi setelah lama kubiarkan, sikapnye semakin menjadi, leka dengan anugerah yang Tuhan berikan....
selama ini aku telah berkorban segalanya, aku bekerja siang malam semata untuk membantunye....aku tidak harapkan hartanye,
cukuplah sekadar menghargai perngorbanan aku sebagai isteri....
Aku akui yang aku memang tak pernah merase hidup susah, walaupun bapaku hanya seorang juruteknik biasa, dan ibuku tidak bekerja, tapi hidup kami cukup bahagia,
kami mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang...malah ibu bapaku tidak pernah menyuruh2 kami adik beradik melakukan tugas2 berat....
Tetapi setelah berkahwin aku sedar tanggungjawab aku sebagai isteri, aku tahu waktu itu suamiku susah, dan memerlukan pertolongan, walaupun tidak pernah disuarakan namun aku tahu keadaan memaksa aku untuk bekerja...
aku korbankan hati dan perasaan aku, yang terpakse berpisah dengan anakku demi tuntutan kerja yang mengikat kehidupanku...
Setelah 2tahun aku bekerja, aku lihat suami amat selesa dengan keadaan tue,
Ya...waktu aku bekerja telah digunakan untuk memenuhi waktu lapangnya melepak dan sebagainye, sedangkan insan yang aku kenal dulu bukanlah seorang yang suka melepak di kedai2 kopi, menghabiskan masa yang tak menentu...tetapi kesempatan tue diambil untuk itu...aku amat2 terkilan, sedangkan aku....aku langsung tak de mase untuk diriku...aku juga manusia biasa...
Kini aku tekad untuk berhenti bekerja dan mengambil anakku semula untuk melengkapkan rumahtangga kami yang kesunyian....aku sangkakan dengan adanye buah hatiku itu suamiku aku selalu menghabiskan masa bersama kami...namun sangkaanku meleset sama sekali...aku ngan anakku sering dan kerap ditinggalkan....waktu bekerjanye 8jam, dan pulang ke rumah hanye tunjukkan muka tak sampai berape minit dan keluar semula untuk menghabiskan masa bersama kawan2nye yang kononnye banyak membantunye....
Siapakah aku nieeee??? aku tidak berhak ke untuk mendapatkan perhatian daripada insan yang bernama suami....aku tengah sarat sekarang nie....tenaga aku tak sama dengan orang yang tak mengandung, emosi aku selalu je terganggu tambah2 lagi bila anak sulungku membuat perangai, bukan niatku untuk memarahinya, namun bila hati aku sakit, mesti dia akan aku marahi.....adakalnya aku kesal, namun sejauh mana aku mampu mengawal perasaanku yang sering kesunyian.....ape aku tiada langsungkah dihatinya...????
Thursday, July 22, 2010
Kesunyian Insan Yang Bernama Isteri
Posted by eida^zarul at 9:03 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)